Wasiat Sulthan Muhammad Al-Fatih Kepada Anaknya.
Seketika, saya terharu membaca beberapa helaian yang mencatat isi sebahagian wasiat dan nasihat Sulthan Muhammad Al-Fatih kepada anaknya ketika beliau di ambang kematian. Terasa seolah-olah Al-Fatih sedang berbicara di hadapan saya.Cukup menyentuh, memberi kesan serta muhasabah buat mereka yang bergelar pimpinan.
Beliau Berkata:
-Jadilah seorang yang adil, shaleh, dan penyayang.
-Pemudahkan (jangan menyusahkan) atas pemeliharaanmu (terhadap sesuatu urusan) tanpa ada diskriminasi.
-Beramallah untuk menyebarkan agama Islam, kerana itu adalah kewajiban pemimpin di atas muka bumi.
-Utamakan perkara-perkara agama di atas segala sesuatu, dan jangan kamu hilangkan ketabahan ( untuk melaksanakannya ).
-Jangan kamu angkat pribadi yang tidak mengutamakan perkara agama, tidak meninggalkan dosa-dosa besar, dan tenggelam di dalam keburukan.
-Jauhkan (dirimu) daripada bida’ah yang buruk dan mereka-mereka yang terjerumus di dalamnya.
- Sebarkan & laksanakanlah jihad ke seluruh negara.
-Jagalah harta-harta Baitul Mal dari penyimpangan (korupsi).
-Berhati-hati dari mengulurkan tanganmu terhadap harta orang lain (mengambil harta orang lain) daripada harta yang kamu jaga kecuali dengan hak (hukum) Islam.
-Satukanlah bagi orang-orang yang berkehendak dan memerlukan itu kekuatan mereka dan muliakanlah mereka-mereka yang berhak (dimuliakan).
Moga-moga mampu memberi sedikit pencerahan kepada kita semua.
Dikutip dari karya Dr Ali- Al-Solabi,dalam bukunya Daulah Uthmaniyyah.
Di rubah sekenanya dari teks asli yang diambil dari situs:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar